Monday, 5 January 2015

Kelas Aliran Sains Agama.

Assalamualaikum,haa..pada adik2 yang nak menduduki SPM tahun ni akak nak ucapkan semoga korang berjaya.Hmm..bercakap pasal SPM ni kan..ramai yang sebenarnya tersalah pilih aliran yang korang minat .Korang tahu ke bidang apa yang korang minat?dah buat research ke dulu..
Bercakap pasal SPM ni kan..memang kene fighting gila2.Terutama pada korang yang mengambil aliran Sains .Yelah..Aliran Sains ni banyak subject killer.Kalau dapat markah 40 tu pun dah kira bersyukur.Yang penting lulus.Ish..tak kan nak markah 40 je kan.Korang mesti nak score A+ kan.


Ok.Mesti ada yang keliru kan bila akak sebut pasal Aliran Sains Agama.Apa tu?Bagi korang yang bersekolah di  Sekolah Menengah Agama mesti tahu kan.Sebenarnya takde beza sangat pun dengan Aliran Sains Agama dengan Aliran Sains Tulen,Subjek yang sama cuma Aliran Sains Agama ni ada subjek yang tertentu.Iaitu Bahasa Arab Tinggi atau nama singkatannya BA.Ok.Lepas tu kita ada subjek Pendidikan Syariah Islamiah,.biasanya budak sekolah Agama sebut PSI.Dan last sekali ialah subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau lebih dikenali dalam kalangan budak2 sekolah agama ni sebagai PQS.Itulah antara subjek2 yang ada dalam Aliran Sains Agama.
SUBJEK SPM ALIRAN SAINS AGAMA 


  1.  Bahasa Melayu
  2.  Bahasa Inggeris
  3.  Bahasa Arab Tinggi
  4.  Matematik
  5.  Matematik Tambahan
  6.  Fizik
  7.  Kimia
  8.  Biologi
  9.  Sejarah
  10.  Pendidikan Syariah Islamiah
  11.  Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah 
Ok.Sekarang dah jelas dan adik2 semua tahu subjek2 yang akan adik2 semua hadapi untuk SPM 2015 ni.Khas untuk adik2 yang belajar di Sekolah Menengah Agama.Yang akak highlightkan dengan warna merah tu..hmm..faham2 lah ye.Memang susah,tapi kalau adik2 usaha untuk berjaya InsyaAllah boleh cemerlang.Dengan izin Allah.Kita ni pulak janganlah malas nak berdoa.Usaha tu,usaha juga.Senang cerita,adik2 semua janganlah disebabkan busy nak study,sanggup tak solat,solat lambat,nak baca Al-Quran pun tak de masa.Kita ni kan ..kalau nak berjaya,kita kene banyak mendekatkan diri kepada Allah.Yang penting sekali Solat Hajat.InsyaAllah adik2 akan mudah untuk belajar.
Selain tu jugak,pelajar Sekolah Menengah Agama ni bukan belajar subjek SPM je,diorang ada 7 lagi subjek yang perlu dipikul iaitu subjek PRA STAM.
SUBJEK PRA STAM 

  1. AL-QURAN
  2. HADIS
  3. TAFSIR
  4. FEQAH
  5. TAUHID
  6. INSYAK 
  7. NAHU DAN SOROF
So,ketujuh2 subjek ni memang memerlukan hafalan yang mantap .haa..begini ha..thumbs up sikit.Jadi,memang agak banyak la subjek nya.Tapi,walaupun kiteorang ni dibebani dengan pelbagai subjek..itu tak menjadi penghalang untuk kami berjaya dalam SPM.
Mula2 terkejut jugak bila Ustazah cakap ngan kiteorang yang minggu depan exam PRA STAM.Kiteorang tak buat preparation langsung untuk nak exam ni.Hafal pun last minute je.Tapi walaupun hafal last minute..time exam Alhamdulillah boleh la jawab.Mujur soalan tak susah sangat.Tapi lepas je habis exam PRA STAM ni...tengok result...ramai yang fail.Allahu..terutama pelajar lelaki.
Sebenarnya kami ni sangat kesuntukan masa,tambah2 lagi kami pelajar aliran sains.Banyak lagi kerja kursus yang perlu kami buat.Kiteorang exam PRA STAM haritu bulan 6.Sekejap je..tak lama pun.Haa,..lepas je habis exam PRA STAM ..kiteorang fokus kembali kepada subhek SPM.Mase tu baru betul2 rush macam nak lumba kereta kat litar sepang.Laju belaka..Banyak silivus bab2 yang tak habis lagi,dengan kelas tambahan,kelas malam,kelas petang.
Allah je yang tahu macam mana perasaan kami waktu tu.Tapi memang terkejar2 sangat.Takde masa nak rehat2.Rehat pun sekadar makan,minum lepastu sambung kelas balik.Kami yang budak luar ni pun dah rasa macam duduk kat asrama dah.Mana taknye..seharian duk ada kat sekolah.Balik rumah memang letih sangat.Inilah cabaran belajar.Makin banyak ujian,makin Allah sayang.

 
 


 

2 comments:

  1. Kak nk tny , kalau tkamik BA dri f1 pstu f4 mohon sains agama boleh ke eh ?

    ReplyDelete