Monday, 5 January 2015

Study Biologi

.

StudyI  BIOLOGI SPM
So,kebiasaanya korang akan menghabiskan masa berjam-jam dalam bilik untuk study.Sambil2 tu sempat lagi update status kat FB,Wechat..kadang2 bukak Instagram upload gambar selfie korang tu.Hmm..korang ni nak SPM ,jadi cuba2 lah biasakan diri supaya tak terlalu akrab sangat dengan gajet2 korang tu.Tapi gunakan bila perlu sahaja,Akak faham kdang2 bila nak study ni kita sendiri tak tahu nak stat dari mana.Ok,jadi cuba korang pelbagaikan tempat study korang.Ni tak..asyik terperap dalam bilik je,macam mana tak ngantuk.Baru 2 ,3 muka dah terlentuk atas meja.
Terutama bila nak study BIOLOGI ni ambil masa yang lama jugak.Walaupun akak boleh katakan yang BIOLOGI ni agak senang berbanding subject killer yang lain.Sebab apa?

Sebab BIOLOGI ni adalah fakta.Takde nak kira2 nya macam AddMath,Fizik,Kimia.Lagipun dalam BIOLOGI banyak gambarajah.So,korang cuma perlu banyak menghafal dan faham.Bagi Pelajar Sekolah Menengah Agama ni,takde masalah kalau bab2 menghafal ni kan.Yela..korang memang dah expert dan PRO dalam bab menghafal ni.Lagipun korang dah dilatih menghafal sejak daripada FORM 1 lagi.Jadi tak hairan lah kalau budak Sekolah Menengah Agama ni memang cekap menghafal.
Jadi untuk expert dalam matapelajaran BIOLOGI ni..korang kena baca sebelum cikgu start mengajar,Jadikan ini sebagai satu amalan.Bukan untuk subjek BIOLOGI sahaja,malah subjek2 lain juga korang perlu praktikkan.Akak tulis ni berdasarkan pengalaman akak .Memang kebanyakkan kawan2 akak masa kiteorang Form 5 dulu buat macam ni.
Jadi,kita dapat jimatkan masa dan masa cikgu ajar kita dah faham berbanding kawan2 kita yang tak baca lagi.Ramai orang cakap,buat banyak latihan,buat banyak latih tubi.Tapi sejauh mana kita cuba faham nasihat tu.Adakah kita buat? Akak rasa korang buat,tapi tak istiqamah .Latihan ni macam tambahan kepada kita supaya kita boleh mantapkan lagi penguasaan kita dalam sesuatu subjek.
Memang BIOLOGI ni adalah subjek yang mudah,tapi jangan ambil mudah.Korang kene selalu baca buku dan bawa buku ke mana sahaja.Kadang2 korang tak sedar yang masa korang terbuang macam tu je.Jadi,lebih baik korang baca buku daripada berborak kosong dengan kawan korang.
Sekarang ni,tips yang bole akak bagi ialah BIOLOGI ni berkait rapat dengan kita.Dalam bab FORM 5 ada belajar pasal jantung.Jadi ianya agak complicated sikit.Tapi takpe,korang baca je.Baca hari2,InsyaAllah,struktur2 dalam jantung tu korang boleh ingat. 

Buku Teks Form 4 yang  beli sendiri.
Ok,so,bila dah melangkah ke FORM 5 ni,kita mesti nak rujuk buku2 FORM 4 balik.Jadi,untuk BIOLOGI,banyak cikgu2 akak syorkan guna buku teks.Sebab buku teks ni memang 100% betul,tepat, dan memang dalam exam dia akan keluar sebijik macam yang dalam buku teks.
So,akak ni memang jenis suka highlight2 buku dan menconteng ikut sedap akak je.Sebenarnya cikgu akak kata boleh je nak pinjam buku teks FORM 4 ni dari bilik SPBT.Tapi akak rasa kalau buku tu ada ngan akak dah lunyai dah rasanya,Jadi akak buat keputusan untuk beli je sendiri buku teks tu kat kedai.Jadi dengan cara ni akak boleh buat nota kat tepi2 buku teks tu selagi ada ruang akak tulis.Memang kadang2 kawan akak nak pinjam buku tak faham apa yang akak tulis.Tak apa,yang penting akak faham.

Tak susah pun .Cuba try hafal

So,akak paparkan sikit antara bab yang ada dalam FORM 5 ni,agak2 boleh kuasai tak.Takkan tak boleh kut.Kalau bab FORM 4 korang boleh ,yang FORM 5 pun mesti boleh.Kalau korang ni jenis susah nak ingat..tak apa..jangan risau..ada cara lain.Korang lukis dan labelkan balik.Buatlah sampai ingat.Dan pastikan anda yang bergelar Pelajar SPM mempunyai buku nota.Atleast ada.Jangan  tak ada,Biasanya kalau Pelajar Perempuan memang majoriti akan ada buku nota sendiri.Warna pink lagi.Siap ada bunga2 kat cover depan.Pelajar Lelaki ni ..memang susah sikit nak buat nota.Ada yang a buat nota dalam kertas kajang...pastu dibuatnya pulak roket kertas.Hmm..macam2.
Akak dulu masa cikgu mengajar dalam kelas..memang akak ngan kawan baik akak akan salin apa yang cikgu tulis laju sangat.Sampai bergegar meja kawan sebelah.Bukan apa,kiteorang ni memang nak kejar masa.Banyak lagi nak study ni.Tapi still boleh baca lagi la tulisan kiteorang.Sebab takut cikgu padam pulak kang tak sempat nak salin.Akak memang suka subjek BIOLOGI.Cikgu akak pun memang sempoi habis.Sporting,cool..Kalau masuk kelas memang semua orang akan respect cikgu tu sebab dia pandai tackle kiteorang dengan cara dia mengajar yang diselang-selikan dengan lawak jenaka.
So,next post akak akan tulis pasal Fizik,Kimia,Add Math pulak.So,korang just wait and keep calm study. 



8 comments:

  1. akak, buku teks tu akak beli kat mana ye? :D

    ReplyDelete
  2. Salam sis..Boleh tell me your email?ada something saya nak cakap..kalau boleh,cepat2 ya..urgent

    ReplyDelete
  3. Akk selalu soalan subj or obj?

    ReplyDelete
  4. Boleh tak kalau sy nk start belajar buat esei bio dengan salin contoh² esei?

    ReplyDelete
  5. Best bets for soccer today - Sports Toto
    Today, we're going to 제이티엠허브출장안마 tell you a few ford fusion titanium key to checking into 출장마사지 soccer betting 토토 사이트 추천 apps. of the most popular soccer betting options and which ones will 룰렛

    ReplyDelete